Tajuk: Research Methods and Statistics (A Critical Thinking Approach)
Penulis: Sherri L. Jackson
Tahun: 2003
Jumlah Halaman: 357
Buku ini terbahagi kepada 12 bab utama iaitu Thinking Like a Scientist, Getting Started: Defining, Measuring and Manipulating Variables, Descriptive Methods, Data Organization and Descriptive Statistics, Correlational Methods and Statistic, Hypothesis Testing and Inferential Statistics, The Logic of Experimental Design, Inferential Statistics: Two-Group Design, Experimental Design With More Than Two Levels of an Independent Variable, Complex Experimantal Design, dan Quasi-Experimental and Single-Case Design.
Dalam bab 1 ini menjelaskan sumber-sumber pengetahuan dan pengenalan kaedah penyelidikan dalam Sains yang terbahagi kepada kaedah deskriptif, kaedah hubungan (Relational) dan kaedah penjelasan (Explanatory). Terdapat 3 matlamat utama Sains yang ditekankan dalam buku ini iaitu deskripsi, ramalan dan penerangan yang sering digunapakai oleh ahli-ahli psikologi. Kaedah deskriptif yang dimaksudkan termasuklah pemerhatian, kajian kes, dan kajian tinjauan. Buku ini juga ada menerangkan tentang pengaplikasian penyelidikan dan beberapa proses yang terlibat sepanjang penyelidikan dijalankan. Antara langkah utama yang terlibat dalam menjalankan satu penyelidikan adalah mengenal pasti masalah. Langkah yang seterusnya ialah membuat tinjauan literatur, penghasilan hipotesis, merekabentuk dan menjalankan kajian, menganalisis dan mengintepretasi data dan perbincangan keputusan.
Manakala dalam bab 2 lebih menjurus pernyataan masalah, tinjauan literatur, mengenalpasti variabel, skala pengukuran, jenis-jenis pengukuran dan berkaitan kesahan dan kebolehpercayaan serta hubungannya. Ia menjelaskan juga pelbagai jenis skala pengukuran yang digunakan untuk kesahan dan kebolehpercayaan. Bab 3 menjelaskan kaedah kajian deskriptif dengan terperinci dimana lebih menjurus kepada kaedah pemerhatian, kajian kes dan jenis-jenis tinjauan. Untuk kutipan data bagi kaedah pemerhatian yang sering digunakan ialah dengan menggunakan rakaman dan checklist. Manakala jenis tinjauan terbahagi kepada mail, telefon dan temubual perseorangan. Teknik persampelan yang diterangkan dalam buku ini merangkumi persampelan secara rawak, persampelan berstrata dan teknik persampelan secara berkelompok.
Dalam bab 4 menjelaskan secara khusus penyusunan data dan statistik deskriptif. Bagi penyusunan data diterangkan dalam bentuk taburan frekuensi dan data yang berbentuk graf merangkumi graf bar dan histogram serta frekuensi poligon. Untuk statistik deskriptif, diterangkan penggunaan min, mod dan median secara terperinci. Disamping itu, diterangkan juga sisihan piawai dan julat. Bagi jenis-jenis distribusi, diterangkan taburan normal, graf pencong kiri dan kanan serta z-skor. Pada bab ini segala rumus dan gambarajah berserta graf yang terlibat dipersembahkan dengan kemas termasuklah penyusunan jadual yang mudah.
Bab seterusnya ialah bab 5 yang berkaitan dengan kaedah hubungan dan statistik dimana buku ini menerangkan langkah-langkah menjalankan kajian menggunakan kaedah hubungan, jenis-jenis hubungan, ramalan dan korelasi, dan teknik korelasi lanjutan iaitu analisis regresi. Terdapat beberapa kesalahan yang selalu dilakukan dalam mengintepretasi hubungan. Bab ini juga ada menyatakan dengan mengetahui dua variabel yang saling berkait membenarkan penyelidik untuk membuat ramalan dari satu variabel kepada variabel yang lain. Bab ini juga ada menerangkan dengan terperinci empat jenis korelasi coefficient iaitu (Pearson’s, Spearman’s, point-biserial, dan phi).
Bab 6 adalah berkaitan pengujian hipotesis dan statistik inferensi. Ia menerangkan jenis-jenis hipotesis terlebih dahulu iaitu hipotesis null dan hipotesis alternatif dengan jelas diikuti pengujian hipotesis satu dan dua tail beserta kesilapan jenis 1 dan II semasa pengujian hipotesis tersebut. Ia juga ada menerangkan berkenaan pengujian Z dan Khi-Square yang dilengkapi dengan contoh pengiraan yang sesuai dimana diakhir bab dilampirkan latihan pengukuhan bagi menguatkan lagi pemahaman pembaca. Manakala bab 7 menjelaskan logik kajian eksperiman yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bab ini juga ada menyentuh kesahan luaran yang meliputi aspek generalisasi kepada populsi dan generalisasi kepada kumpulan kajian. Diakhir penulisan bab, disarankan agar penyelidik melihat kekuatan dan kelemahan setiap rekabentuk (between-, within-, dan matched-participats) dalam pemilihan rekabentuk yang akan digunakan untuk kajian.
Seterusnya bab 8 yang berkaitan dengan statistik inferensi untuk 2 kumpulan. Antara ujian yang boleh digunakan adalah ujian-T untuk data berbentuk interval dan ratio, manakala Khi-square untuk pengujian data berbentuk nominal dan ordinal. Kedua-dua ujian yang diterangkan melibatkan pengiraan dan ditunjukkan dengan jelas. Bab 9 lebih menjelaskan berkaitan rekabentuk eksperimen lebih dari 2 variabel yang tak bersandar serta menganalisis kepelbagaian kumpulan eksperimen yang menggunakan ANOVA. Ia juga ada menjelaskan ujian post hoc (Turkey’s HSD) dan mengukur juga kesan saiz (eta-squared). Statistik bukan parametrik yang bersesuaian dengan data berbentuk ordinal (Kruskal-Wallis-ANOVA) dan nominal (ujian khi-square) juga dijelaskan.
Bab 10 adalah berkaitan rekabentuk eksperimen kompleks yang menggunakan lebih dari satu variabel tak bersandar dan analisis statistik untuk rekabentuk yang kompleks. Bagi statistik analisis lebih memfokus kepada ANOVA dua hala. Ia banyak menjelaskan pengiraan yang berkaitan dengan ANOVA dua hala dan cara mengintepresi keputusan yang diperoleh. Bab 11 pula berkaitan quasi-experimental dan single-case designs.ia menerangkan dengan terperinci jenis-jenis rekabentuk quasi-experimental. Bab akhir iaitu bab 12 menjelaskan garispanduan penulisan mengikut gaya APA. Garispanduan tersebut termasuklah mengelakkan kesilapan tatabahasa, dari segi penyusunan nombor, menulis rujukan, etika penulisan dan susun atur penulisan. Susun atur penulisan mengikut gaya APA adalah dimulai dengan tajuk, dan iikuti dengan abstrak, pengenalan, rekabentuk kajian,dapatan kajian, perbincangan, rujukan, apendix dan sedikit nota penulis,jadual dan gambarajah dan akhir sekali dari segi penggunaan saiz tulisan. Dalam bab ini ada ditunjukkan contoh penulisan bagi setiap kriteria yang dijelaskan. Diakhir penulisan buku ada dinyatakan apendix yang meliputi jadual statistik yang akan digunakan dalam pengiraan yang terlibat dalam pengujian data dan lain-lain yang berkaitan sebagai rujukan kepada pembaca.
Apa yang menarik dalam buku ini adalah dari segi persembahan fakta dan idea yang disusun secara kronologi dan menarik. Ia juga menggunakan laras bahasa yang sesuai dan mudah difahami. Pada setiap akhir bab dilampirkan latihan pengukuhan bagi menguji tahap pemahaman pembaca. Langkah-langkah pengiraan juga ditunjukkan dan dijelaskan dengan terperinci seterusnya dapat memandu pembaca untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan. Nota kecil juga disediakan disebelah kanan penulisan bagi memberitahu pembaca maklumat penting dan utama yang ingin disampaikan. Penggunaan kata kunci yang penting diakhir bab dapat mengukuhkan lagi pemahaman pembaca. Secara keseluruhannya, persembahan dalam buku ini menggunakan bentuk gambarajah dan jadual yang kemas dan menarik pembaca disamping teknik penyusunan yang bagus.

0 comments:
Post a Comment