Thursday, August 19, 2010

Apa itu Kajian Gabungan?

Aktiviti 5: Apa itu kajian gabungan?

Dapatkan maklumat tentang definisi kajian gabungan.


1. Berikut merupakan beberapa definisi kajian gabungan:

  • Menurut Cresswell (2008), kajian rekabentuk campuran (gabungan) menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif untuk lebih memahami dan menerangkan masalah kajian.
  • Menurut L.R. Gay et.al (2009:462), Kaedah Campuran (gabungan) adalah rekabentuk penyelidikan pendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan memasukkan kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian.
  • Menurut Creswell & Plano Clark (2007), rekabentuk kajian campuran (gabungan) merupakan satu prrosedur pengumpulan data, analisis, dan gabungan kedua-dua kajian kuantitatif dan kualitatif dan metodologi dalam satu kajian untuk memahami dan menjawab persoalan kajian.
  • Menurut Brewer & Hunter (1989),kajian campuran (gabungan) adalah: “legitimate inquiry approach”


2. Tujuan utama pengkaji menggunakan kajian kaedah campuran (gabungan) ini adalah untuk menghasilkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya berbanding menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri, di samping untuk memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif.


3. Terdapat beberapa sebab atau alasan yang membawa kepada pengkaji menjalankan kaedah campuran (gabungan) ini antaranya ialah:

a) Kesahan:
  • Dari sudut kesahan, kaedah ini digunakan adalah untuk menyokong data yang menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

b) Keseimbangan:
  • Manakala dari segi keseimbangan pula, kaedah campuran (gabungan) digunakan bagi menyeimbangkan kelemahan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif.

c) Melengkapi:
  • Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan untuk melengkapi kajian dengan lebih menekankan data kualitatif atau kualitatif sahaja.

d) Proses:
  • Dari segi proses pula, kaedah kuantitatif akan menunjukkan keputusan manakala kualitatif akan menunjukkan proses.

e) Soalan berbeza:
  • Antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif, kedua-duanya akan memberikan jawapan soalan yang berbeza.

f) Penerangan:
  • Pendekatan kualitatif menerangkan keputusan kuantitatif dan sebaliknya.

g) Keputusan di luar jangkaan:
  • Penggunaan kaedah campuran (gabungan) digunakan juga untuk menangani seandainya terdapat keputusan di luar jangkaan iaitu sesuatu keputusan di luar jangkaan dan mengejutkan, penerangan yang berlainan.

h) Pembangunan instrumen:
  • Selain itu, kaedah kualitatif dibentuk untuk mereka reka bentuk instrumen, kemudian instrumen diuji.

i) Sampel:
  • Kaedah campuran (gabungan) juga digunakan sebagai satu kemudahan pendekatan persampelan daripada pendekatan yang lain.

j) Kredibiliti:
  • Dari sudut kredibiliti pula, kedua-dua pendekatan menyatakan integriti dalam kajian.
k) Konteks:
  • Dari segi konteks pula, kualitatif menyediakan penjelasan, manakala kuantitatif secara umum.
l) Ilustrasi:
  • Melalui Ilustrasi, data kualitatif membantu membangunkan bagi data kuantitatif secara mendalam.

m) Utiliti:
  • Manakala utiliti lebih berguna untuk pengamal kajian/ ‘practitioners’.

n) Mengesahkan:
  • Kajian rekabentuk campuran (gabungan) juga digunakan bagi mengesahkan bahawa kaedah kuantitatif diuji, manakala kaedah kualitatif menghasilkan hipotesis.


4. Kajian rekabentuk campuran (gabungan) ini amat membantu pengkaji mahupun penyelidik bagi menjalankan kajian tanpa perlu menghadkan kaedah kajian sama ada kuantitatif ataupun kualitatif. Pengkaji mahupun penyelidik boleh memilih bentuk atau model yang paling sesuai untuk kajian yang digunakan.


5 comments:

Mohd Ismail said...

thank's brother sbb share ilmu nie :D

Sa'adah Jamaluddin said...

Terima Kasih atas ilmu...

suhana said...

thanx sebab share.....lagi bagus kalau dapat sekali rujukan penuh sarjana yang bercakap kat part paling atas tu...hehe

norlizajapilos said...
This comment has been removed by the author.
norlizajapilos said...

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ANDA

Post a Comment