Thursday, August 19, 2010

Ulasan Jurnal Kajian Gabungan Kualitatif dan Kuantitatif

Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal untuk kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif:

Jurnal

Item

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Tajuk:

Kelemahan Penguasaan Kemahiran di Kalangan Pelajar: Pedagogi dan Teknologi Sebagai Pendekatan Penyelesaian.

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi 15 patah perkataan

Tajuk juga menerangkan kandungan dan bidang artikel dengan tepat

Tajuk:

Penilaian Perisian-Perisian Kursus Kementerian Pelajaran Malaysia

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi 15 patah perkataan

Tajuk:

Are the Function of Teachers in e-Learning and Face-to-Face Learning Environments Really Different?

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi 15 patah perkataan

Abstrak

Abstrak kajian mempunyai tujuan kajian serta kaedah kajian seperti berikut:

Tujuan:

membincangkan bagaimana elemen pembelajaran koperatif disokong oleh ciri-ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme digunakan dalam merekabentuk pembelajaran koperatif menerusi web dengan Model ID R2D2 digunakan sebagai panduan pembangunan.

Teknik persampelan bertujuan keatas sekumpulan pelajar jurusan sains sosial dari salah sebuah universiti tempatan.

Pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

Kajian ini memfokuskan kepada tinjauan status persepsi murid dan guru terhadap kandungan perisian kursus (PK), setakat mana PK ini memberi impak nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan tahap amalan pengintegrasiannya dalam kalangan guru-guru.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bukan untuk membandingkan pembelajaran atas talian dan bersemuka, akan tetapi menekankan kemungkinan risiko dan kekuatan yang boleh membantu bagi meningkatkan pernan sebagai guru dalam kedua-dua kaedah pengajaran.

Pengenalan

Pengenalan dalam kajian dimulakan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), dan diikuti beberapa isu terkini berkaitan penganguran dikalangan graduan yang menyokong kajian. Pengenalan bergerak ke pernyataan masalah dan tidak melebihi 2 halaman bertaip.

Penulis menerangkan tujuan perlaksanaan kajian iaitu untuk menjelaskan perkembangan pengintegrasian pelbagai perisian kursus (PK) yang dibangunkan oleh pelbagai bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam kalangan guru dan murid disekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Penulis menyatakan pengenalan dalam kajian dengan menarik. Dalam pengenalan, penulis juga turut menyatakan tujuan kajian dan dapatan kajian.

Metodologi

Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi mengukur pelbagai aspek berkaitan kajian sebelum, semasa dan selepas penggunaan laman web.

Rekabentuk kutipan data adalah seperti berikut:

- Pendekatan Kuantitatif: Soal selidik

- Pendekatan Kualitatif: Temubual berstruktur kepada pelajar, temubual separa struktur kepada setiap pihak (pensyarah)

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan utama bagi mendapatkan persepsi terhadap pembelajaran koperatif dan kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran menggunakan laman web yang dibangunkan.

Penulis menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpul data. Manakala kaedah penganalisisan data pula mencakupi analisis secara statistik, analisis kualitatif dan analisis interpretasi.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dan fokus kepada dimensi “theoritical content”, “practical content”, “tutor” atau interaksi pelajar dan rekabentuk aktiviti latihan.

Dapatan/ Perbincangan

Tiada dapatan dibincangkan, namun penulis berharap diakhir kajian, suatu bentuk atau proses pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan dibantu sistem pengurusan kursus atas talian diperolehi sebagai usaha membantu pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi secara bertulis dan tahap kerjasama berkumpulan.

Hasil penganalisisan data menunjukkan PK kurang digunakan oleh guru secara keseluruhan dalam pelbagai matapelajaran. Kebanyakan guru didapati tidak berkebolehan mengintegrasikan PK dalam pengajaran sehingga ke peringkat ‘inovasi’. Dapatan juga menunjukkan aspek nilai tambah PK berasaskan ciri-ciri unik multimedia dan keberkesanan P&P perlu ditingkatkan.

Semua dapatan data dinyatakan dalam bentuk jadual mengikut aspek yang dikaji. Segala maklumat dibincangkan dengan terperici.

Dapatan umum mendapati, tiada perbezaan yang penting dalam pemerhatian fungsi guru yang menggunakan kedua-dua kaedah dalam pengajaran, iaitu bersemuka atau atas talian; perbezaan mungkin akan timbul dalam komitmen institusi dalam proses pembelajaran.

Rujukan

Rujukan yang pelbagai digunakan oleh penulis iaitu sebanyak 28 rujukan.

Kajian ini menggunakan pelbagai jenis bahan rujukan untuk mendapatkan gambaran tentang kajian yang dilakukan.

Rujukan yang pelbagai digunakan oleh penulis iaitu sebanyak 35 rujukan

Rumusan:


0 comments:

Post a Comment