Thursday, August 19, 2010

Ulasan Jurnal Kajian Tindakan

Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal untuk kajian tindakan:

Jurnal

Item

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Tajuk:

Action Research: An Approach For The Teachers In Higher Education

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi dari 15 patah perkataan. Tetapi, tajuk adalah terlalu umum.

Tajuk kurang menjelaskan kandungan dan bidang artikel dengan tepat.

Tajuk:

An Action Research Approach to the Design, Development and Evaluation of an Interactive E-Learning Tutorial in a Cognitive Domain

Tajuk terlalu panjang kerana melebihi 15 patah perkataan tetapi tajuk menerangkan pembaca maksud kajian dengan jelas

Tajuk:

What’s New in Courseware? Action Research in Teacher-Student Partnerships

Tajuk adalah ringkas dan subjek kajian telah dikhususkan dalam melalui tajuk yang dinyatakan.

Abstrak

Penulis menyatakan abstrak kajian yang mempunyai objektif kajian, kaedah kajian serta dapatan kajian.

Objektif kajian ini adalah mengkaji keberkesanan dan kelebihan yang diperoleh dari Kajian Tindakan di peringkat institusi pengajian tinggi.

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam mengenalpasti masalah pelajar-pelajar.

Kitaran pertama dilakukan dimana pandangan pelajar-pelajar dikutip dan masalah utama pelajar dikenalpasti.

Dapatan menunjukkan pelajar perubahan yang positif dalam minat dan pemahaman terhadap tingkahlaku dan penilaian dalam kelas.

Dengan adanya e-leaning, pengajaran dan pembelajaran kompleksdalam konteks pendidikan di University of South Africa (UNISA) telah diberi nafas baru dimana mengandungi interaktiviti dalam pengajaran.

Kertas kerja ini membincangkan tujuan, stuktur, dan pengaplikasian e-leaning dan mendapati bahawa kepelbagai dalam kaedah penilaian.

Penulis menyatakan dalam kajian tindakan memerlukan kerjasama antara guru dan murid dalam menilai sesebuah perisian kursus. Penglibatan pelajar secara berkumpulan dapat membangunkan strategi yang kritikal dalam pendidikan perisian kursus ini.

Pengenalan

Beberapa kajian lepas digunakan oleh penulis untuk menyokong penerangan yang diberikan dalam bahagian pendahuluan.

Penulis juga ada menerangkan beberapa model kajian tindakan yang digunakan dalam kajian yang diadaptasi daripada kajian lepas.

Dengan menggunakan pendekatan kajian tindakan, pembangunana telah dinilai melalui beberapa teknik yang berbeza iaitu: tinjauan soal selidik, temubual, penilaian heuristic dan ujian sebelum-selepas. Dapatan kajian yang diperoleh berkaitan kebolehfungsian, kepenggunaan akan ditambah baik.

Daripada kajian, terdapat empat penilaian yang berbeza yang dijelaskan oleh penulis.

Dalam pengenalan, penulis membahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kelebihan perisian kursus, kualiti aplikasi perisian kursus, pemerhatian, dan kerjasama sebagai inovasi kurikulum.

Metodologi

Seramai 45 orang pelaajr dari jurusan ijazah sarjana muda dengan kepujian tahun tiga pengkhususan Bio-Statistics menjadi sampel dalam kajian ini.

Kajian rintis telah dijalankan dengan menggunakan tinjauan soal selidik terhadap 20 pelajar pada 2004 dan dapatan menunjukkan positif. Namun terdapat 2 kesilapan pada isikandungan pembelajaran yang dikenalpasti dan telah dibetulkan.

Kajian ini menggunakan kajian tindakan dimana terbahagi kepada beberapa fasa seperti berikut:

Refleksi: Fasa 1

- Planning

- Tindakan

Refleksi: Fasa 2

Dalam fasa ini, penulis menyatakan terdapat 2 aspek rekabentuk persian yang merupakan pemboleubah penting semasa penilaian pelajar iaitu:

- Kejelasan dalam arahan perisian adalah kritikal

- Spesifikasi fizikal yang menggunakan papan kekunci

Dapatan / Perbincangan

Dapatan menunjukkan pelajar-pelajar tersebut tidak mengikut taburan normal yang sepatutnya. Ia mungkin adalah disebabkan pembahagian kelas yang terlalu sedikit dari segi saiz sampel. Kebiasaannya apabila saiz sampel bertambah, ia akan meningkatkan taburan dapatan kajian.

Walaubagaimanapun, penulis mendapati Practical Action Research (PAR) dapat menghasilkan impak yang bagus dalam persekitaran pembelajaran dalam kelas dan pandangan pelajar berkenaan subjek tersebut. Mereka suka akan strategi yang digunakan PAR, dimana ia lebih flexibel. Hasil dapatan ini diperoleh diakhir semester melalui set soal selidik yang diedarkan.

Penilaian berbentuk sumatif dan formatif dijalankan bagi mengesahkan kebolehfungsian, kepenggunaan dan keberkesanan pembelajaran.

Setiap kitaran mengurangkan masalah kebolehfungsian atau kesilapan isi kandungan dan keberkesanan pengajaran.

Setiap masalah yang dikenalpasti berkurangan mengikut peredaran masa.

Pendekatan rekabentuk aplikasi CAI dijelaskan secara ringkas dan beberapa perkara yang berkaitan dengn e-pembelajaran turut dijelaskan secara umum.

Penulis mendapati pelajar adalah belajar dengan perisian kursus dimana terdapatnya sikap yang dinamik dalam penilaian perisian pelajar yang berkumpulan.

Rujukan

Sebanyak 25 rujukan yang digunakan oleh penulis adalah terkini dan idea-idea daripada rujukan membantu penulis untuk mengukuhkan hujah- hujah serta membantu dalam penghasilan idea.

Penulis menggunakan 28 rujukan yang diperolehi dari gabungan jurnal, buku serta bahan daripada carian internet

Rujukan yang digunakan penulis pula terdiri daripada buku, jurnal dan bahan dari internet.

Penulis banyak menggunakan sumber rujukan buku berbanding rujukan-rujukan yang lain.

Rumusan:

Ketiga-tiga jurnal menggunakan sumber rujukan yang terkini dan pelbagai.


0 comments:

Post a Comment