Thursday, August 19, 2010

Tokoh-tokoh

1. Pengasas Microsoft: Bill Gates


  • Bill Gates atau William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955). Beliau merupakan pengasas (bersama Paul Allen) dan pada masa kini Pengerusi dan Ketua Pencipta Perisian bagi Syarikat Microsoft. Menurut majalah Forbes, beliau merupakan orang terkaya di dunia.
  • Bill Gates dilahir di Seattle, Washington kepada William Henry Gates, Jr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, ahli jawatan kuasa First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell dan ahli jawatan kuasa kebangsaan United Way. Gates belajar di Lakeside School, sekolah yang paling unggul di Seattle, dan meneruskan pelajarannya di Universiti Harvard, tetapi tidak menghabiskan pelajaran tingginya.
  • Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan Paul Allen menulis penterjemah Altair BASIC untuk Altair 8800 dalam dekad 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh BASIC, sebuah bahasa komputer yang mudah dipelajari dan ditulis di Kolej Dartmouth untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi Microsoft BASIC, bahasa pengaturcaraan yang utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan Microsoft QuickBasic. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpa pengkompil QuickBasic dikenali sebagai QBasic. QuickBasic juga dijadikan Visual Basic, yang masih popular hingga ke masa kini.
  • Pada awal dekad 1970-an, Gates menulis Surat Terbuka kepada Penghobi, yang memeranjatkan komuniti penghobi komputer dengan menyatakan bahawa pasaran komersial wujud untuk perisian dan perisian tersebut tidak patut ditiru tanpa izin penerbitnya. Pada masa itu, komuniti tersebut dipengaruhi kuat oleh asas radio hamnya dan etika Hacker, yang menegaskan bahawa innovasi dan pengetahuan patut dikongsi oleh komuniti pengguna komputer. Gates kemudian mengasaskan Microsoft Corporation, satu daripada syarikat paling berjaya di dunia, dan memimpin arah kepada pembukaan industri perisian komputer.
  • Gates juga mendapat reputasi yang buruk mengenai caranya berniaga. Satu contoh ialah MS-DOS. Pada penghujung dekad 1970-an, IBM merancang untuk memasuki pasaran komputer peribadi dengan komputer peribadi IBM, yang dihasilkan pada 1981. IBM memerlukan sistem operasi untuk komputernya, yang direka mengelilingi, arkitektur 16-bit oleh keluarga pemproses x86 Intel. Selepas berunding dengan sebuah syarikat lain (Syarikat Digital Research di California), IBM bertanya Microsoft. Tanpa memberitahu mengenai ikatan mereka dengan IBM, eksekutif-eksekutif Microsoft membeli sebuah sistem operasi x86 daripada syarikat Seattle Computer dengan harga $50,000. (Ada kemungkinan Microsoft tidak dibenarkan oleh IBM untuk memberitahu ikatannya kepada orang awam) Microsoft kemudian melesenkan sistem operasi ini ke IBM (yang menerbitnya dengan nama PC-DOS) dan bekerja dengan syarikat komputer untuk menerbitkannya dengan nama MS-DOS, dengan setiap sistem komputer yang dijual.


2. Pengasas Google: Larry Page &Sergey Brin
  • Larry Page adalah salah seorang pengasas Google. Lawrence E. Page lahir tahun 1973 di Lansing, Michigan dari orang tua Carl Vincent Page, adalah seorang profesor ilmu komputer di Universitas Michigan dan Gloria Page, yang merupakan guru program komputer di Universiti Michigan. Setelah lulus dari East Lansing High School beliau mendapatkan Bachelor of Science di bidang komputer dari University of Michigan dan melanjutkan pengajian program Master di Universiti Stanford.
  • Pada September 1998 Google Inc dibuka di Menlo Park, California dan akhirnya Google Inc menetap di tempat yang sekarang di sebut Mountain View, California. Selama beberapa tahun berikutnya google yang dipimpin oleh Larry dan Sergey Google membuat banyak inovasi. Pada Oktober 2004 Google mengumumkan hasil pertama mereka sebagai sebuah perusahaan yang ditawarkan secara umum. Pada tahun 2005 Page telah menjadi orang ke-27 orang terkaya di dunia.
  • Larry mendapat penghargaan Marconi Prize pada tahun 2004.


3. Pengasas Facebook: Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz & Chris Hughes
  • Memulakan Facebook Mark Zuckerberg dalam ruangan dari biliknya di Harvard. Setelah berhenti sekolah dan pindah ke Silicon Valley, penemu Facebook ini mulai memantapkan langkahnya. Zurkerberg Merupakan Jutawan paling kaya di dunia dengan usaha sendiri.
  • Facebook adalah laman web rangkaian sosial dimana para pengguna dapat bergabung dalam satu komuniti seperti kota, kerja, sekolah, dan daerah untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka juga boleh menambahkan kenalan, menghantar mesej, dan mengemaskini profil peribadi orang lain agar dapat melihat tentang dirinya.
  • Dalam masa dua minggu selepas dilancarkan, separuh daripada semua mahasiswa Harvard telah mendaftar dan memiliki akaun di Facebook. Beberapa kampus lain di sekitar Harvard juga meminta untuk dimasukkan dalam jaringan Facebook. Zuckerberg pun akhirnya meminta bantuan dua temannya untuk membantu mengembangkan Facebook bagi memenuhi permintaan kampus-kampus lain.
  • Zuckerberg beserta dua orang temannya Memutuskan untuk pindah ke Palo Alto. Beberapa minggu kemudian. Zuckerberg bertemu dengan Sean Parker (salah seorang pengasas Napster), dan dari hasil pertemuan tersebut Parker pun bersetuju bekerjasama mengembangkan Facebook.
  • Pada September 2005 Facebook tidak lagi membatasi jaringannya hanya untuk mahasiswa. Pada September 2006 Facebook membuka pendaftaran untuk sesiapa sahaja yang mempunyai alamat e-mel.
  • Melihat perkembangan yang begitu, Friendster bermaksud untuk membeli facebook seharga 10 juta Dolar Amerika, namun ditolak oleh Zuckerberg. Beliau juga pernah menolak Viacom Tawaran daripada facebook yang ingin membeli seharga 750 juta dolar amerika, dan terkini Tawaran dari Yahoo yang ingin membeli facebook seharga 1 million US Dollar.
  • Pada usia 23 tahun, Penemu situs jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg adalah pada urutan 785 dalam senarai orang - orang paling kaya dunia.


4. Pengasas Apple computer: Stephen Gary "Woz" Wozniak, Steve Jobs & Ronald Wayne
  • Steven Paul Jobs (lahir di San Francisco, California, Amerika Serikat, 24 Februari 1955; umur 54 tahun) adalah pemimpin perusahaan Apple Computer bersama Steve Wozniak dan tokoh utama di industri komputer.
  • Sebagai pengasas (dengan Steve Wozniak) Apple Computer di tahun 1976, beliau memperkenalkan konsep komputer di rumah dengan Apple II. Kemudian, ia merupakan salah seorang yang menyedari potensi untuk mengkomersialkan (graphical user interface) dan mouse yang dikembangkan di Palo Alto Research Center perusahaan Xerox, dan kemudian teknologi ini diterapkannya ke dalam Apple Macintosh.
  • Jobs juga merupakan pemimpin Pixar Animation Studios, sebuah perusahaan komputer animasi terkemuka di dunia layar lebar. telah menjadi multi-jutawan sebelum berumur 30 tahun.
  • Dilahirkan di San Fransisco oleh ibunya Joanne Simpson dan ayahnya Abdulfattah Jandali mahasiswa tamu dari Syria yang kemudian menjadi profesor ilmu politik. Sejak bayi beliau diadopsi Paul dan Clara Jobs dari Mountain View,Santa Clara County California. Keluarga angkat inilah yang memberikan nama Steven Jobs.
  • Pada tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mulai menghadiri pertemuan "Homebrew Computer Club" dengan Steve Wozniak. Dia dan Wozniak bersama bekerja di Atari Inc., sebuah perusahaan pembuat permainan komputer yang terkenal, dengan jabatan sebagai perancang permainannya. Motivasinya pada waktu itu ialah mengumpulkan duit untuk melakukan perjalanan spiritual ke India.
  • Pada tahun 1976, Jobs, usia 21, dan Wozniak, 26, mendirikan Apple Computer Co. di garasi milik keluarga Jobs. Komputer pribadi yang diperkenalkan Jobs and Wozniak diberi name Apple I. Komputer itu dijual dengan harga AS$666.66, sebagai referensi terhadap nomor telpon dari Wozniak's Dial-A-Joke machine, yang berakhir dengan -6666.
  • Pada tahun 1977, Jobs dan Wozniak memperkenalkan Apple II, yang menjadi sukses besar di pasaran rumah tangga dan memberi Apple pengaruh besar di industri komputer pribadi yang masih muda. Di tahun 1980, Apple Computer mencatatkan namanya di bursa efek, dan dengan penawaran saham awal yang sukses, ketenaran Jobs bertambah. Tahun itu juga, Apple Computer melancarkan Apple III.
  • Seiring dengan berkembangnya Apple Computer, perusahaan itu mulai mencari kepemimpinan baru untuk membantu mengatur perkembangan perusahaan tersebut. Pada tahun itu juga, Apple juga mengeluarkan Apple Lisa yang teknologinya tergolong sangat maju pada saat itu tapi gagal
  • Pada tahun 1985, setelah banyak menyebabkan masalah kepemimpinan di dalam Apple, Sculley memberhentikan Jobs dari jabatannya dan mengusirnya dari Apple.
  • Setelah keluar dari Apple, Jobs mendirikan sebuah perusahaan komputer lagi, NeXT Computer yang seperti Lisa, NeXT tergolong sangat maju dalam hal teknologi, tetapi tidak pernah menjadi terkenal, kecuali di lingkup riset sains. (Tim Berners-Lee mengembangkan sistem World Wide Web di CERN dengan menggunakan sebuah NeXT workstation.) Namun NeXT membantu memajukan teknologi-teknologi sepert program object-oriented, PostScript, dan perangkat magneto-optical.
  • Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT dengan bayaran AS$402 juta, dan membawa Jobs kembali ke perusahaan yang ia dirikan. Di tahun 1997 ia menjadi pemimpin sementara di Apple setelah kepergian Gil Amelio.
  • Dengan pembelian NeXT, banyak teknologi dari NeXT diterapkan ke dalam produk buatan Apple, terutama NeXTSTEP, yang berkembang menjadi Mac OS X. Dibawah bimbingan Jobs perusahaan tersebut meningkatkan penjualannya setelah memperkenalkan iMac. iMac merupakan komputer pertama yang dijual dengan mengutamakan penampilannya (walaupun iMac juga banyak menggunakan teknologi maju di dalamnya).
  • Apple mula mengembangkan sayapnya dengan pengenalan iPod alat musik portabel, piranti lunak iTunes, dan iTunes Music Store, perusahaan tersebut melakukan perubahan di bidang peralatan elektronik pribadi dan musik online. Sambil merangsang inovasi, Jobs juga mengingatkan bawahannya bahwa, "artis tulen membuahkan hasil," (real artists ship) yang maksudnya adalah, menghasilkan karya-karya dengan tepat waktu sama pentingnya dengan inovasi dan produk jitu.
  • Jobs bekerja di Apple selama beberapa tahun dengan gaji AS$1/tahun. Beliau tercatat di buku Guinness World Records sebagai "pemimpin perusahaan dengan gaji terendah" (Lowest Paid Chief Executive Officer).
  • Jobs sangat dikagumi karena keahliannya untuk meyakinkan orang dan menjadi salesman unggul, yang sering dijuluki reality distortion field dan hal ini nampak jelas nyata semasa beliau memberikan keynote speeches di Apple expos.


0 comments:

Post a Comment