Thursday, August 19, 2010

Ulasan Jurnal Kajian Kuantitatif

Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal untuk kajian kuantitatif:

Jurnal

Item

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Tajuk:

Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi dari 15 patah perkataan. Tetapi, tajuk adalah terlalu umum.

Tajuk kurang menjelaskan kandungan dan bidang artikel dengan tepat.

Tajuk:

Learning “Goal Programming” Using an Interaktif Multimedia Courseware: Design Factors and Students’ Preferences

“Goal Programming” merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Matematik S yang diambil oleh calon-calon STPM, kemungkinan ramai pembaca terperangkap dengan maksud tersebut yang mungkin beranggap ia merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran komputer

Tajuk tidak seberapa tepat bagi menghuraikan objek kajian

Tajuk:

Evaluation Of Courseware For Teaching And Learning Of Form

One Mathematics And Science

Tajuk adalah ringkas dan terlalu umum walau bagaimanapun subjek kajian telah dikhususkan melalui tajuk yang dinyatakan

Abstrak

Penulis tidak menyatakan abstrak kajian dalam penulisannya.

Kajian ini menerangkan mengenai kesesuaian penggunaan perisian kursus interaktif berbanding kaedah tradisional bagi pembelajaran topik ”Goal Programming”.

Perisian kursus interaktif pula dibangunkan dan digunakan sebagai instrumen pengujian.

Lebih 114 pelajar yang terlibat dalam kajian ini dan hasil dapatan daripada mereka dianalisis

Penulis menceritakan punca kepada pencetusan penggunaan perisian kursus interaktif di sekolah.

Kajian ini menfokuskan kepada penilaian guru terhadap perisian kurusu interaktif yang sedia digunakan di sekolah.

Penulis juga menyatakan sample dan kaedah yang digunakan dalam membuat analisa.

Hasil kajian membuktikan bahawa guru-guru bersetuju perisian kursus sedia digunakan adalah efektif dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan

Penulis menyatakan pengenalan dalam kajian dengan menarik. Dalam pengenalan, penulis juga turut menyatakan tujuan kajian dan dapatan kajian.

Pada bahagian pengenalan, ia menerangkan rasional melakukan kajian tersebut di Institut Sinaran, Kota Kinabalu, Sabah.

Ia juga menerangkan model rekabentuk instructional ADDIE sebagai model kajian.

Kajian juga menggunakan gaya pembelajaran ‘Honey and Mumford Learning Style Inventory’ bagi menganalisa gaya pembelajaran responden

Ia juga mengutarakan mengenai pemilihan tajuk kursus yang dipilih serta menerangkan rekabentuk dan pembangunan perisian kursus interaktif

Penulis menceritakan secara ringkas kronologi yang membawa kepada keperluan perisian kursus interaktif untuk digunakan di sekolah.

Banyak hasil kajian yang dilakukan sebelum ini memperkatakan kesulitan yang dialami dalam mengimplementasikan perisian kursus interaktif di sekolah

Tinjauan Literatur

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas item tinjauan literatur / kajian keperpustakaan, terdapat beberapa kajian lepas menyokong kajian kerana ada ulasan. Maklumat yang dinyatakan oleh penulis juga membawa kepada hala tuju kajian. Terdapat kesilapan ejaan seperti “televesyen” yang seharusnya ditulis “televisyen

Tinjauan literatur digunakan untuk menyokong penerangan yang diberikan dalam bahagian pendahuluan.

Tinjuan literatur digunakan dalam membahaskan kesulitan yang dialami dalam melaksanakan perisian kursus interaktif dengan mengemukakan hasil-hasil kajian daripada mereka

Antaranya guru tidak berpuashati dengan perisian, persembahan yang kurang berkualiti, dan kelemahan pedagogi dalam penyampaian

Metodologi

Metodologi kajian tidak dinyatakan dengan jelas oleh penulis.

Walaubagaimanapun, instrumen kajian, persampelan dan hasil dapatan ada dinyatakan penulis.

Metodologi kajian dijelaskan dengan menerangkan kegunaan kajian, rekabentuk kajian, instrumen pengujian (treatment instrumen), instrumen kajian, sampel kajian, ’pilot study’ dan kajian sebenar.

Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan

Sampel kajian pula melibatkan 68 guru yang terpilih berdasarkan kriteria kajian dari seluruh negara yang mengajar subjek sains dan matematik tingkatan 1.

Instrumen kajian bagi pengumpulan data pula menggunakan Courseware

Evaluation Form” yang diubahsuai daripada CAI Evaluation Form yang dihasilkan oleh Peter Desberg, dari California State University, namun ia diubahsuai agar sesuai untuk penilaian tempatan.

Pilot study digunakan untuk mengukuhkan ketepatan dan kesahan data yang dianalisa

Pengumpulan data dilakukan dengan melawat sekolah-sekolah pilihan dan guru membuat penilaian ke atas borang yang disediakan

Prosedur penganalisan data menggunakan SPSS v13

Hasil Dapatan / Perbincangan

Hasil kajian dinyatakan secara ringkas dan jelas. Dapatan kajian juga menyokong dapatan kajian-kajian lain.

Penulis tidak membincangkan implikasi kajian .

Hasil kajian dibincangkan oleh penulis dengan menyatakan analisis-analisis dapatan dan disokong dengan jadual-jadual analisis.

Analisis dikelompokkan kepada enam kategori utama analisa iaitu, kandungan, interaktiviti, navigasi, maklum balas, rekabentuk paparan, dan kebarangkalian mengutamakan penggunaan perisian kursus interaktif berbanding pembelajaran tradisional.

Penulis juga membincangkan implikasi kajian serta tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kajian kelak

Hasil kajian dibentangkan dan penulis menghuraikan satu persatu elemen- elemen yang dinilai.

Jadual berbentuk skala Likert dibina bagi menunjukkan hasil analisis yang telah dijalankan dan membantu hujah penulis

Item-item dikategori kepada beberapa aspek antaranya persepsi, kandungan, rekabentuk, mudah penggunaan, dan pengurusan perisian kursus, motivasi, pembelajaran

Berdasarkan analisa, penulis membuat kesimpulan bahawa guru-guru memberikan nilai positif kepada penggunaan perisian kursus interaktif

Rujukan

Tiada sumber rujukan yang dilampirkan oleh penulis.

Rujukan yang digunakan penulis kajian majoritinya terdiri daripada jurnal dan buku rujukan. Sumber rujukan juga adalah terkini

Rujukan yang digunakan penulis pula terdiri daripada buku, jurnal dan bahan dari internet.

Rujukan pula lebih menjurus kepada multimedia serta pengajaran dan pembelajaran

Rumusan:

Terdapat banyak kelemahan yang didapati daripada Jurnal 1, kerana mempunyai kesilapan dari segi ejaan, tidak menyatakan abstrak dan tidak melampirkan rujukan.


0 comments:

Post a Comment