Thursday, August 19, 2010

Ulasan Jurnal Kajian Pembangunan atau Pembinaan

Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal bagi kajian pembangunan atau pembinaan:

Jurnal

Item

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Tajuk:

An Interactive E-Learning Tool for Kids in Mauritius

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi 15 patah perkataan

Tajuk juga menerangkan kandungan dan bidang artikel dengan tepat

Tajuk:

Animated Courseware Support for Teaching Database Design

Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi dari 15 patah perkataan. Namun, tajuk yang dikemukakan adalah terlalu umum.

Tajuk:

Rekabentuk Sistem Elektro-Pneumatik: Pendekatan Perisian Simulasi Berasaskan Animasi

Tajuk adalah ringkas dan subjek kajian telah dikhususkan dalam tajuk yang dinyatakan.

Abstrak

Kajian mempunyai tujuan kajian serta hasil dapatan kajian. Walaubagaimanapun, metodologi kajian tiada dinyatakan dalam abstrak

Kertas kerja ini mencadangkan satu set perisian beranimasi yang direkabentuk bagi menyokong pengajaran bagi konsep rekabentuk pangkalan data.

Kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah pembelajaran subjek rekabentuk sistem elektro-pneumatik dengan menggunakan pendekatan Perisian Simulasi Berasaskan Animasi (ABSC).

Dalam kajian ini, perisian simulasi telah dibangunkan berdasarkan teori-teori pembelajaran yang merangkumi elemen animasi dan multimedia interaktif. Dengan adanya interaktiviti, ia telah dapat membolehkan pelajar untuk berinteraksi dengan berkesan.

Pengenalan

Pengenalan dalam kajian menarik dan menyatakan objektif kajian. Pendahuluan bergerak ke tema utama dan tidak melebihi 2 halaman bertaip.

Pada bahagian pengenalan, ia menerangkan rasional melakukan kajian tersebut kerana pemahaman rekabentuk pangkalan data merupakan tunjang utama dalam pemahaman model data yang bagusdan perlaksanaan pengkalan data yang efektif.

Ia juga menerangkan set Entity-Relationship (ER) dalam mempersembahkan data dan hubungannya antara satu sama lain bagi merekabentuk satu data model. Penulis juga ada menjelaskan penghasilan data dalam bentuk gambaran jadual

Ia juga mengutarakan mengenai normalization dimana ia merupakan proses mengurus data dalam bentuk jadual dengan matlamat untuk mengurangkan pertindihan data.

Pengenalan dalam kajian menarik pembaca dan menyatakan tujuan kajian. Pendahuluan bergerak ke tema utama dan tidak melebihi 2 halaman bertaip.

Penulis juga menggunakan beberapa kajian lepas dalam latar belakang kajian.

Menurut penulis, kajian ini dilakukan ke atas subjek Reka bentuk Sistem Elektro-Pneumatik sebagai bahan kajian kerana subjek ini agak sukar unutk diterangkan kepada pelajar secara teori.

Metodologi

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas item tinjauan literatur / kajian keperpustakaan, terdapat kajian lepas menyokong kajian kerana ada ulasan. Data yang dinyatakan penulis membawa kepada hala tuju kajian.

Metodologi kajian tidak dinyatakan dengan jelas oleh penulis namun ia ada perkaitan dengan pembangunan perisian.

Kajian ini mengkaji permasalahan pengajaran subjek Reka bentuk Sistem Elektro-Pneumatik dan membangunkan kaedah pembelajaran kendiri melalui perisian “Pembelajaran Berasaskan Animasi yang Interaktif

Dapatan

Metodologi kajian dinyatakan dengan jelas kerana dinyatakan instrumen, persampelan dan penganalisisan data.

Dapatan data juga tidak dinyatakan dengan jelas oleh penulis.

Namun, kertas kerja ini menyediakan gambaran keseluruhan berkenaan set perisian beranimasi yang dibina bagi menyokong pengajaran konsep pangkalan data. Topik yang dijelaskan adalah berbentuk animasi yang merangkumi gambaran senario kepada ER diagram, gambaran ER diagram kepada jadual pangkalan data dan pangkalan data normalization.

Daripada hasil kajian, jelas menunjukkan penggunaan ABSC telah membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

Perbincangan

Hasil kajian dinyatakan secara ringkas dan jelas. Penulis mengemukakan penemuan penting dalam jadual. Penulis juga mempersembahkan jadual dengan kemas dan menomborkan jadual yang dikemukakan .

Penulis tidak membincangkan implikasi kajian dengan jelas. Namun implikasi kajian ada dinyatakan dalam abstrak.

Pelajar memberikan maklumbalas terhadap tinjauan yang dilakukan menyatakan animasi sangat bermakna dan dapat membantu dalam pembelajaran.

Oleh yang demikian, dengan menyediakan pelbagai bahan sumber pembelajaran dan dalam pelbagai bentuk persembahan, misalnya yang berbentuk visualisasi dan beranimasi telah dapat meningkatkan motivasi pelajar, dan dapat membantu pelajar bagi membina pemahaman yang mendalam seterusnya mencapai tahap pembelajaran yang tertinggi.

Penulis tidak menyatakan item perbincangan dengan spesifik.

Rujukan

Rujukan yang digunakan penulis kajian majoritinya terdiri daripada jurnal dan buku rujukan. Sumber rujukan juga adalah terkini.

Rujukan yang digunakan adalah sebanyak 12 rujukan terdiri daripada prosiding, buku, jurnal dan capaian internet yang terkini.

Jumlah rujukan yang digunnakan adalah sedikit iaitu 8 sahaja yang terdiri daripada tesis, prosiding, buku dan sumber lain yang agak ketinggalan zaman.

Rumusan:

Jumlah rujukan yang digunakan oleh pengkaji dalam jurnal 2 dan 3 adalah sedikit kerana kurang dari 15 dan ada jurnal yang menggunakan sumber rujukan yang sudah ketinggalan zaman.



0 comments:

Post a Comment