

1. Pengasas Microsoft: Bill Gates
Jurnal Item | Jurnal 1 | Jurnal 2 | Jurnal 3 |
Tajuk | Tajuk: A Comparative Study To Evaluate The Effectiveness Of Computer Assisted Instruction (CAI) Versus Class Room Lecture (CRL) For Computer Science At ICS Level Tajuk terlalu panjang tetapi menerangkan maksud kajian dengan jelas | Tajuk: Implementing Courseware to Support Learning Through Real-World Erroneous Examples: Students’ Perceptions of Tertiary Courseware and Obstacles to Implementing Effective Delivery Through VLE Tajuk terlalu panjang tetapi menjelaskan tujuan serta subjek yang terlibat dalam kajian ini secara jelas | Tajuk: Online debating to encourage student participation in online learning environments: A qualitative case study at a South African university Tajuk kajian adalah terlalu panjang tetapi menjelaskan tujuan serta subjek yang terlibat dalam kajian ini secara jelas. |
Abstrak | Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan alat bantu mengajar berkomputer berbanding syarahan biasa. Mengambilkira aspek kognitif. Kajian ini juga membuktikan keberkesanan alat bantu mengajar berkomputer ke atas pelajar (sampel kajian) berdasarkan hasil penilaian pengguna. Namun, metodologi kajian tidak dinyatakan dalam abstrak | Kajian ini menyiasat sejauhmana pelajar melihat dan mempelajari sesuatu melalui perisian kursus interaktif yang mengandungi contoh-contoh kesilapan yang sebenar daripada rakan sekelas. Ia juga cuba mencungkil sebarang cabaran/halangan dalam melaksanakan dan mencipta perisian kursus interaktif. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar memerlukan perisian kursus interaktif dalam yang efektif yang membolehkannya menangani kesilapan pemahaman mengenai sesuatu konsep | Salah satu cara yang berpotensi untuk melibatkan ramai penyertaan dikalangan peserta adalah dengan menggunakan struktur format perbahasan atas talian. Kertas kajian ini melaporkan persepsi pelajar dan staf terhadap perbahasan atas talian yang digunakan ke atas prgram ijazah sarjana muda pendidikan dengan kepujian di universiti di Afrika selatan. |
Pengenalan / Pendahuluan | Menerangkan kepentingan pencapaian kognitif dalam menilai keberkesanan alat bantu mengajar berkomputer. Merujuk kepada taksonomi bloom untuk menentukan tahap kognitif seseorang. Menerangkan kepentingan alat bantu mengajar berkomputer dalam pembangunan kogntif pelajar. Turut menyatakan keefisyenan pembelajaran jika menggunakan alat bantu mengajar berkomputer | Menjelaskan kepentingan pembelajaran berdasarkan contoh-contoh kesilapan terutama dalam bidang matematik dan sains komputer yang melibatkan pemahaman sesuatu konsep. | Menjelaskan persekitaran perbahasan secara bersemuka dan tradisional dengan menggunakan beberapa kajian lepas bagi menyokong kajian. |
Tinjauan Literatur | Tinjauan literatur digunakan dalam menyokong setiap hujah serta idea dalam setiap penerangan dalam bahagian pendahuluan. | Kajian-kajian lepas membuktikan kepentingan pembelajaran berdasarkan kesilapan yang boleh digunakan dalam beberapa kegunaan iaitu meningkatkan motivasi pelajar, pemahaman yang lebih baik mengenai sesuatu konsep, meningkatkan kebolehan berfikir, melatih kemahiran berfikir meta, menggalakkan penerokaan idea atau maklumat dan mengubah sikap Penulis juga membicarakan mengenai pembelajaran berdasarkan kesilapan sebenar dan berdasarkan imaginasi. Pembelajaran berdasarkan imaginasi berlaku selepas pembelajaran melalui lisan berlaku. Penulis mengaitkan kepentingan sumber lisan dalam membentuk pembelajaran berdasarkan kesilapan. | Tinjauan literatur digunakan dalam menyokong setiap hujah serta idea dalam setiap penerangan dalam bahagian pendahuluan. |
Metodologi | Rekabentuk kajiannya berasaskan Pre-test - Post test Equivalent groups Deign iaitu membuat pengujian sebelum dan selepas ke atas subjek kajian Persampelan pula adalah secara rawak ke atas pelajarpelajar Kolej Sains, Samanabad, Faisalabad; Kolej Lelaki Samanabad, Faisalabad; serta Oxford Textile and Computer College, Samanabad, Faisalabad Pengujian juga menggunakan kaedah pilot test Data serta dapatan dianalisa dengan menggunakan model analisis ANOVA. | Kajian melibatkan pelajar Tahun Pertama bagi Program Teknologi Maklumat di universiti United Kingdom Contoh perisian kursus interaktif dibangunkan untuk tujuan kajian Maklum balas diperolehi daripada pelajar direkodkan | Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepanjang May sehingga Jun 2000. Ia melibatkan staf dan pelajar program ijazah sarjana muda pendidikan dengan kepujian di universiti di Afrika selatan. Data dikumpulkan menggunakan beberapa cara termasuklah pemerhatian dari pensyarah, penggunaan set soal selidik, penerimaan mesej dalam senarai mail, dan laporan penilaian yang dilampirkan oleh penilai kursus. |
Dapatan / Perbincangan | Hasil pengujian ke atas subjek dinyatakan oleh penulis. Jadual-jadual daripada analisa dibina bagi menyokong hujah penulis. Berdasarkan analisa, penulis berjaya membuktikan objektif kajiannya berjaya iaitu membuktikan keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar berkomputer dalam meningkatkan kognitif pelajar | Dapatan dan maklum balas yang diterima membuktikan bahawa; Mereka dapat mempelajari kesilapan-kesilapan daripada rakan-rakan sekelas dan seterusnya membolehkan mereka mempertingkatkan kefahaman Membolehkan mereka mengetahui kesilapan-kesilapan yang berlainan bagi sesuatu permasalahan Meningkatkan keyakinan diri Perkongsian pembelajaran melalui pemerhatian kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh rakan-rakan lain Penulis berharap hasil kajian ini dapat membantu individu untuk membangunkan perisian kursus interaktif yang mana memberikan fokus kepada pembelajaran berdasarkan kesilapan | Dapatan kajian ini dibahagikan kepada 4 tema iaitu: - Nilai perbahasan atas talian: persepi pelajar - Nilai perbahasan atas talian dalam meningkatkan penglibatan pelajar - Potensi perbahasan atas talian dalam pembinaan kemahiran-kemahiran - Sejauhmana perbahasan atas talian ini berguna dalam strategi pedagogi untuk menyokong bahasa inggeris sebagai bahasa kedua. Pengkaji juga ada menyenaraikan beberapa cadangan dalam menggalakkan penyertaan pelajar dalam perbahasan atas talian. |
Rujukan | Rujukan yang diperolehi merupakan gabungan jurnal, buku serta bahan daripada carian internet | Rujukan yang diperolehi agak ketinggalan namun idea-idea daripada rujukan membantu penulis untuk mengukuhkan hujah- hujah serta menghasilkan idea kepadanya | Terdapat pelbagai rujukan yang digunakan oleh pengkaji yang kebanyakannya adalah terkini. Antara sumber rujukan terbanyak yang digunakan oleh pengkaji ialah jurnal. |
Rumusan: Tajuk kajian adalah terlalu panjang tetapi menjelaskan tujuan serta subjek yang terlibat dalam kajian ini secara jelas. |
Jurnal Item | Jurnal 1 | Jurnal 2 | Jurnal 3 |
Tajuk | Tajuk: Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tajuk adalah ringkas dan padat kerana tidak melebihi dari 15 patah perkataan. Tetapi, tajuk adalah terlalu umum. Tajuk kurang menjelaskan kandungan dan bidang artikel dengan tepat. | Tajuk: Learning “Goal Programming” Using an Interaktif Multimedia Courseware: Design Factors and Students’ Preferences “Goal Programming” merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Matematik S yang diambil oleh calon-calon STPM, kemungkinan ramai pembaca terperangkap dengan maksud tersebut yang mungkin beranggap ia merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran komputer Tajuk tidak seberapa tepat bagi menghuraikan objek kajian | Tajuk: Evaluation Of Courseware For Teaching And Learning Of Form One Mathematics And Science Tajuk adalah ringkas dan terlalu umum walau bagaimanapun subjek kajian telah dikhususkan melalui tajuk yang dinyatakan |
Abstrak | Penulis tidak menyatakan abstrak kajian dalam penulisannya. | Kajian ini menerangkan mengenai kesesuaian penggunaan perisian kursus interaktif berbanding kaedah tradisional bagi pembelajaran topik ”Goal Programming”. Perisian kursus interaktif pula dibangunkan dan digunakan sebagai instrumen pengujian. Lebih 114 pelajar yang terlibat dalam kajian ini dan hasil dapatan daripada mereka dianalisis | Penulis menceritakan punca kepada pencetusan penggunaan perisian kursus interaktif di sekolah. Kajian ini menfokuskan kepada penilaian guru terhadap perisian kurusu interaktif yang sedia digunakan di sekolah. Penulis juga menyatakan sample dan kaedah yang digunakan dalam membuat analisa. Hasil kajian membuktikan bahawa guru-guru bersetuju perisian kursus sedia digunakan adalah efektif dalam pengajaran dan pembelajaran |
Pengenalan | Penulis menyatakan pengenalan dalam kajian dengan menarik. Dalam pengenalan, penulis juga turut menyatakan tujuan kajian dan dapatan kajian. | Pada bahagian pengenalan, ia menerangkan rasional melakukan kajian tersebut di Institut Sinaran, Kota Kinabalu, Sabah. Ia juga menerangkan model rekabentuk instructional ADDIE sebagai model kajian. Kajian juga menggunakan gaya pembelajaran ‘Honey and Mumford Learning Style Inventory’ bagi menganalisa gaya pembelajaran responden Ia juga mengutarakan mengenai pemilihan tajuk kursus yang dipilih serta menerangkan rekabentuk dan pembangunan perisian kursus interaktif | Penulis menceritakan secara ringkas kronologi yang membawa kepada keperluan perisian kursus interaktif untuk digunakan di sekolah. Banyak hasil kajian yang dilakukan sebelum ini memperkatakan kesulitan yang dialami dalam mengimplementasikan perisian kursus interaktif di sekolah |
Tinjauan Literatur | Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas item tinjauan literatur / kajian keperpustakaan, terdapat beberapa kajian lepas menyokong kajian kerana ada ulasan. Maklumat yang dinyatakan oleh penulis juga membawa kepada hala tuju kajian. Terdapat kesilapan ejaan seperti “televesyen” yang seharusnya ditulis “televisyen” | Tinjauan literatur digunakan untuk menyokong penerangan yang diberikan dalam bahagian pendahuluan. | Tinjuan literatur digunakan dalam membahaskan kesulitan yang dialami dalam melaksanakan perisian kursus interaktif dengan mengemukakan hasil-hasil kajian daripada mereka Antaranya guru tidak berpuashati dengan perisian, persembahan yang kurang berkualiti, dan kelemahan pedagogi dalam penyampaian |
Metodologi | Metodologi kajian tidak dinyatakan dengan jelas oleh penulis. Walaubagaimanapun, instrumen kajian, persampelan dan hasil dapatan ada dinyatakan penulis. | Metodologi kajian dijelaskan dengan menerangkan kegunaan kajian, rekabentuk kajian, instrumen pengujian (treatment instrumen), instrumen kajian, sampel kajian, ’pilot study’ dan kajian sebenar. | Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan Sampel kajian pula melibatkan 68 guru yang terpilih berdasarkan kriteria kajian dari seluruh negara yang mengajar subjek sains dan matematik tingkatan 1. Instrumen kajian bagi pengumpulan data pula menggunakan Courseware Evaluation Form” yang diubahsuai daripada CAI Evaluation Form yang dihasilkan oleh Peter Desberg, dari California State University, namun ia diubahsuai agar sesuai untuk penilaian tempatan. Pilot study digunakan untuk mengukuhkan ketepatan dan kesahan data yang dianalisa Pengumpulan data dilakukan dengan melawat sekolah-sekolah pilihan dan guru membuat penilaian ke atas borang yang disediakan Prosedur penganalisan data menggunakan SPSS v13 |
Hasil Dapatan / Perbincangan | Hasil kajian dinyatakan secara ringkas dan jelas. Dapatan kajian juga menyokong dapatan kajian-kajian lain. Penulis tidak membincangkan implikasi kajian . | Hasil kajian dibincangkan oleh penulis dengan menyatakan analisis-analisis dapatan dan disokong dengan jadual-jadual analisis. Analisis dikelompokkan kepada enam kategori utama analisa iaitu, kandungan, interaktiviti, navigasi, maklum balas, rekabentuk paparan, dan kebarangkalian mengutamakan penggunaan perisian kursus interaktif berbanding pembelajaran tradisional. Penulis juga membincangkan implikasi kajian serta tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kajian kelak | Hasil kajian dibentangkan dan penulis menghuraikan satu persatu elemen- elemen yang dinilai. Jadual berbentuk skala Likert dibina bagi menunjukkan hasil analisis yang telah dijalankan dan membantu hujah penulis Item-item dikategori kepada beberapa aspek antaranya persepsi, kandungan, rekabentuk, mudah penggunaan, dan pengurusan perisian kursus, motivasi, pembelajaran Berdasarkan analisa, penulis membuat kesimpulan bahawa guru-guru memberikan nilai positif kepada penggunaan perisian kursus interaktif |
Rujukan | Tiada sumber rujukan yang dilampirkan oleh penulis. | Rujukan yang digunakan penulis kajian majoritinya terdiri daripada jurnal dan buku rujukan. Sumber rujukan juga adalah terkini | Rujukan yang digunakan penulis pula terdiri daripada buku, jurnal dan bahan dari internet. Rujukan pula lebih menjurus kepada multimedia serta pengajaran dan pembelajaran |
Rumusan: Terdapat banyak kelemahan yang didapati daripada Jurnal 1, kerana mempunyai kesilapan dari segi ejaan, tidak menyatakan abstrak dan tidak melampirkan rujukan. |
Copyright 2009
Penyelidikan Pendidikan Komputer. Powered by Blogger. Blogger Showcase
Blogger Templates created by Deluxe Templates. Wordpress by Wpthemesfree