Friday, July 23, 2010

Guru Sebagai Penyelidik

1. GURU SEBAGAI PAKAR RUJUK:
  • Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan.
  • Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala.
  • Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka.

2. GURU SEBAGAI PENYELIDIK:
  • Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid.
  • Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid.
  • Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P.

3. Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid. Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.
(Gray 1988)

4. Antara manfaat menjalankan kajian tindakan daripada perspektif pendidikan di sekolah ialah:

i) Perkembangan profesionalisme guru
  • Kajian tindakan berupaya mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional.
  • Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menanggani masalah P&P.
  • Guru yang menjalankan kajian tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji.

ii) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar serta membantu mengubah amalan mengajar.
  • Sudah tentu terdapat situasi-situasi di mana pembelajaran didapati bermasalah.
  • Contohnya pencapaian pelajar berbza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama.
  • Guru sebagai seorang yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya perlu mencari jalan-jalan penyelesaian supaya perkhidmatannya sentiasa bertambah baik.

iii) Perkongsian maklumat dan usaha berpasukan.
  • Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam kajian tindakan.
  • Melalui perkongsian, guru-guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebgai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian atau amalan mereka sendiri apabila didapati dapat membawa kepada sesuatu yang positif dari segi kuantiti ataupun kualiti.

iv) Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik.
  • Kajian tindakan dalam amalan mengajar bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan.
  • Kajian dijalankan semasa guru mengajar dengan menggabung jalin ciri-ciri penyelidikan seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut.

0 comments:

Post a Comment