Thursday, August 19, 2010

Apa itu kajian kualitatif?


Apa itu Kajian Kualitatif?

Kajian kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan di mana pengkaji bergantung kepada pandangan peserta, menanyakan soalan yang luas dan umum, mengumpul data dalam bentuk perkataan atau teks daripada peserta, menjelaskan dan menganalisa perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk tema-tema serta menjalankan inkuiri dalam bentuk yang subjektif dan bias.

Kajian kualitatif merupakan kajian semulajadi yang tidak mematuhi spesifikasi statistik, seterusnya dapatan kajian yang diperoleh adalah tidak boleh digeneralisasikan. Walaubagaimanapun kajian kualitatif ini ‘menyumbang’ sesuatu kepada kajian berstatistik. ‘Sesuatu’ disni bermaksud yang bermakna dan tidak boleh diukur (Schostak, John F. ,2002)

Penggunaan rekabentuk kualitatif terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, kajian ethnographic, kajian grounded theory dan kajian narrative. Bagi kajian ethnographic, ia melibatkan penerokaan budaya yang dikongsi oleh sekumpulan individu. Bagi kajian grounded theory pula, meneroka pengalaman individu untuk membina teori manakala kajian narraive pula meneroka cerita individu untuk menerangkan kehidupan orang.

Ciri-ciri kajian kualitatif adalah seperti berikut:
  1. merupakan kajian exploratori atau memahami fenomena utama
  2. mempunyai tujuan yang umum dan luas, serta berdasarkan pengalaman peserta
  3. pengumpulan data berbentuk teks atau imej
  4. melibatkan bilangan responden yang kecil
  5. penilaian yang fleksibel
  6. laporan yang refleksif dan bias

Persamaan antara penyelidikan kuantitatif dan kualitatif:
  1. Keduanya mengikuti langkah dalam proses penyelidikan yang sama
  2. Format melapor masalah kajian adalah sama
  3. Keduanya mempunyai langkah-langkah pengumpulan data


Sumber:

1) Penulis: John W. Creswell (3rd Edition, 2008)
Buku: Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research

2) Penulis: Chua Yan Piaw
Buku: Kaedah Penyelidikan (Kaedah dan Statistik Penyelidikan)

3) Penulis: Schostak, John F. (2002)
Buku: Understanding, designing, and conducting qualitative research in education: framing the project. (halaman: 80)

0 comments:

Post a Comment